Friday, June 19, 2009

Spontan

Aku sebenarnya tengah ada temujanji dengan seorang prospect di pejabat dia.

Tapi tiba-tiba dia ada urusan dengan bahagian IT, lalu dia bagi aku pinjam laptop dia supaya aku tak kebosanan berseorangan di dalam ruang tetamu.

Sebab tu aku memang suka dengan kerja aku sebagai ejen Takaful Ikhlas, macam-macam jenis manusia aku jumpa.

Pengalaman beb.

Tadi, sejurus selepas solat Jumaat di Masjid KLCC, aku pergi ke mapley Pelita untuk menjamah hidangan wajib di waktu tengah hari - roti canai dan teh halia.

Memang itu lah selalunya menu aku untuk hari bekerja.

Tengah aku hirup teh halia, ada seorang lelaki di belakang aku berkata kepada kekasih/isterinya:

"You lah perempuan yang paling cantik kat Malaysia."

Dengan spontannya, aku berkata dengan suara yang amat perlahan:

"Isteri aku pula perempuan yang paling cantik dalam dunia."

Spontan dan rawak. 100%.

Mungkin ini lah yang akan terjadi kalau dah berkahwin.

Rindu pulak kat Isteri gua ni.

Malam ni belanja Bb makan kat Alamanda wokeh!

Lepas ni aku nak tulis tentang pengalaman aku dan Batek bertemu Arsene Wenger (manager Arsenal) di Malaysia, pengalaman aku dan Isteri ke Sarawak dan hobi baru aku.

Tengoklah, kalau rajin.

Wassalam dan chalos!

-killing people with my charms-

3 Comments:

Blogger Nadya said...

Rindu pulak kat Isteri gua ni.

<--bodek nampak

Malam ni belanja Bb makan kat Alamanda wokeh!

<--tgk lah kalau rajin..muhaha

6/19/2009 5:24 PM  
Anonymous nona said...

pheeewwiittt.. bojed rindu2an... waktu sekolah tak pernah nampak pun kau berkelakuan sebegini..

pergh. tamparan wanita!

6/22/2009 1:54 PM  
Blogger Jed Sulaiman said...

Nadya: Tq belanja Pizza Hut! Belanja la hari-hari. Haha!

nona: Aku kan celebrity kat sekolah. Kena jaga penampilan. Tu yang nampak dingin tetapi menawan tu. Haha!

6/23/2009 3:46 PM  

Post a Comment

<< Home